Adtech Jtm Kampus Kemaman, di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.
EKSA atau Ekosistem Kondusif Sektor Awam diperkenalkan sebagai penjenamaan semula kepada Amalan 5S bagi mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, kreatif dan inovatif. Pelaksanaan EKSA di ADTEC Kemaman bertujuan meningkatkan kecekapan organisasi, memperkukuh imej korporat serta mewujudkan suasana kerja yang selamat, bersih dan produktif.
Membudayakan amalan EKSA secara bersepadu dan berdisiplin berteraskan kualiti kerja dan berterusan dengan mengutamakan kebersih
Membudayakan amalan EKSA secara bersepadu dan berdisiplin berteraskan kualiti kerja dan berterusan dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, kecekapan dan keselamatan
Amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) ADTEC Kemaman bertujuan:
Membentuk budaya persekitaran kualiti melalui penambahbaikan berterusan dengan
Mengutamakan kebersihan, kekemasan, keselamatan dan kecekapan sesuai dengan peranan ADTEC Kemaman sebagai pengeluar tenaga mahir negara.
Logo ADTEC Kemaman diletakkan di tengah ikon yang menunjukkan imej ADTEC Kemaman dikelilingi alam sekitar yang hijau
Bentuk daun melambangkan percambahan buah fikiran yang berteraskan amalan hijau.
Tulisan Ekosistem Kondusif Sektor Awam membawa maksud pelaksanaan EKSA di ADTEC Kemaman. Warna hijau melambangkan konsep Go Green yang diamalkan.
Ikon berbentuk kitaran arah bermaksud amalan hijau di pejabat dengan melaksanakan program dan aktiviti seperti kitar semula dan meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga ke arah penjimatan sumber. Aktiviti Amalan Hijau diharap dapat diterapkan kepada keseluruhan warga kerja ADTEC Kemaman ke arah penggunaan sumber secara optimum.