Kementerian-Sumber-Manusia
LOGO JTM -small

Melatih Tenaga Mahir Masa Depan

Adtech Jtm Kampus Kemaman, di bawah Kementerian Sumber Manusia, menawarkan latihan teknikal bertaraf industri bagi memenuhi permintaan tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Profil

PENGENALAN INSTITUT

Pusat Latihan Tinggi Teknologi Kemaman atau singkatannya ADTEC Kemaman ditubuhkan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang dikelolakan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) Malaysia. Pusat latihan ini terletak kira-kira 22.5km dari Bandar Chukai. Ianya dibina di atas tapak seluas 100 ekar di Kampung Payoh, Kemaman, Terengganu. ADTEC Kemaman telah siap dibina sepenuhnya pada tahun 2010. Secara umumnya ADTEC Kemaman merupakan agensi kerajaan pusat yang bertujuan memberi latihan teknikal secara formal kepada pekerja-pekerja sektor perindustrian dan para belia lepasan sijil bagi membolehkan mereka mendapat kemahiran terutamanya dalam bidang Sivil, Mekanikal dan Elektrikal.

Selaras dengan visi untuk menjadi institusi peneraju dalam membangunkan tenaga kerja yang berdaya saing, ADTEC Kemaman terus melangkah maju ke hadapan bagi merealisasikan misinya untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing di era globalisasi ini.

Objektif

Visi

Misi

Seterusnya

Objektif

Visi

Misi

PERUTUSAN PENGARAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat datang kepada semua Pensyarah dan warga kerja di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kemaman. Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam pembangunan Laman Web ADTEC Kemaman sehingga berjaya menyediakan satu platfom untuk rujukan kepada pengunjung dalam mendapatkan maklumat program dan aktiviti yang dijalankan di ADTEC Kemaman. Sebagai sebuah Institusi Latihan dan Pembelajaran yang berperanan dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian Negara. ADTEC Kemaman sangat komited untuk memastikan segala maklumat yang berkaitan dengan Program Latihan dapat disampaikan dengan cepat, tepat dan berkesan, sekaligus memperkukuhkan dan memperkasakan lagi pengendalian Program Latihan selaras dengan perkembangan teknologi terkini. Oleh itu, sebarang bentuk jalinan kerjasama amatlah dialu-alukan dan harapan saya agar kita dapat bersama-sama berganding bahu dalam usaha menjayakan Agenda Transformasi Negara dan pada masa yang sama membolehkan ADTEC Kemaman wujud sebagai sebuah Institusi Latihan yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa akan datang.

Sekian, terima kasih.

Ts. ZAMZURI BIN HASSAN

Pengarah ADTEC Kemaman
Kongsi
Skip to content